Monday, January 19, 2009
pergh semalam hari ahad.memang agak memenatkan lah.belum lagi hilang penat semalam hari ini kene masuk pukul 10 pagi.semalam aku masuk pukul 2.30 sebab permanent aku bagitao lambat.pukul 2 baroo call cakap aku kene buat full.so aku punch in pukul 2.30,siap mandi semua lah.
baroo nak masuk tengok kak gomala datang nak pergi rehat.so aku masuk je la.tengok ramai customer.memang agak kelam kabut kaunter Lois di buatnya.aku pun pening kepala.tapi hari ahad lagi banyak customer lah sebab hari last untuk mereka bershopping.minggu depan diorang semua sudeyh start mao balik kampung.so hari ahad lah paling rmai orang sampai jualan mencecah RM3600.00 memang power lah.
pihak jusco cuba bagi bajet jualan sebanyak RM1100.00,then kak ina cuba nak sampai target RM3000.00 dan telah melepasi dan mempunyai lebih RM600.00.so kira ok lah.tempat LEE department pula lagi cam gampang.ade customer beli 5 helai seluar sekali gus,dan ade sorang lagi customer beli 4 helai seluar sekali gus.memang untung besar ar department LEE nih.dah lah ramai customer.memang makan besar lah bos.hahahahaha
then da kata ramai customer,kaunter dilanda tsunami lah.kaunter Lois dengan kaunter Lee.tapi kaunter Lee lagi teruk.da macam pasar lambak da kat depan.memang hancur.aku kalau tak tao ape-ape tengok mesti da pikir jualan lelong mana ar nih.hahahahaha.
then kemas kemas lepas tuh cari cash memo.cash memo memang banyak gila ar.haiyo.pening kepala aku nak mencari.hahahaha.then balik pukul 11.30.
lepas tu tido je la.bangun pukul 8 pagi.itu pun penat tak hilang lagi,pukul 9.25 aku bersiap nak masuk kerja.start pukul 10 sehingga pukul 6 petang.masuk masuk aku da jumpa kak ita,kakak kepada ayien.budak yang ade ciri-ciri pervert skit tulah.hahaha.nama dia ayien,bukan leen.ni semua izwan punya pasal.asyik sebut leen je.aku pun terikut,last last aku dengar dari adik angkat aku yang pernah kerja kat situ,nama dia ayien,bukan leen.ceyh hampeh.
mula-mula aku tengok,kak ita ni macam sombong gila.pendiam jerk.buat kerja sendiri je dari awal sampai pukul 1.40.lepas tu baroo dia macam aktif skit.mula bercakap-cakap tegur sana sini.baroo macam ok lah.kalau tak diam je.tu pun sebab kak ina datang awal.padahal dia masuk pukul 2,tapi datang pukul 1.20.agak awal dia datang.
then kak ita cakap pukul 2.10 bagitao dia sebab nak kene breafing pasal bajet jualan semua.then 2.05 dia dengan kak ina da pergi breafing.so tak payah la aku bagitao dia.aku buat kerja baroo je.iaitu mengemas kini kan stock yang baroo sampai awal pagi tadi.
stock yang sampai ialah seluar jeans berwarna biru secara keseluruhan.takde season punya style.macam normal biasa punya je la.so aku kemas kini kan stock baroo.lepas kak ina dengan kak ita balik dari breafing baroo lah aku pergi rehat.time aku punch out,pukul 2.39 petang.hohohoho.
then aku kembali punch in pukul 3.15 petang.then aku buatlah kerja yang kak ina suruh buat,iaitu mengemas kini kan stock baju kat depan kaunter tu.lepas da siap,aku kene tulis semua nombor stock seluar jeans kat dalam stock report.aku da macam permanent plak.padahal kak ina yang permanent.hahahaha.slamba sudeyh.hahaha.
then time nak tulis nombor stock seluar jeans,kak ina nak keluar pergi break dengan syibrah nor dan mursyidah.so tinggal lah aku dengan kak ita.so buat bodo sudeyh.then kak ina balik dalam puku 5.40 petang.aku habis syif pukul 6.then kak ina balik je,dia cakap nak buat punch card holder.so alang-alang dia nak buat,dia pun cakap nak buatkan untuk aku sekali sebab aku takde.
so agak lama gak lah tengok dia buat.pukul 6.30 baroo habis.tapi aku da punch out pukul 6.15 petang.tunggu dia untuk siapkan punch card holder je.then lepas siap,abg aku pulak tunggu aku.dia suruh aku teman dia pergi beli kasut kat studio R.
jumpa dia kat friendster cafe.pergh bapak mahal minuman dia.1 cawan ape tah nama dia,RM13.50.pergh mahal gila babeng.tapi time tu ngah lepak dengan member dia dan isteri member dia.kira aku kenal gak lah member abg aku ni.so takde hal lah.isteri dia je aku tak pernah jumpa lagi.so pergi usha kasut abg aku dengan member dia.
lepas da beli,pergi kat kedai crocs.kedai selipar crocodile.hahaha.bapak mahal.RM129.00 sepasang.pergh.cam gampang.selipar getah.aku beli kat giant baroo RM16.00.lagi murah.jenama asadi lagi.wakakaka.then pergi kat kedai Giordano.beli baju.RM50.00 untuk 3 helai baju.sebab ade sale.
lepas tu bla nak balik umah.kat depan U-turn tu,mak aku call.cakap nak pergi pyramid.aku dah la penat gila babeng.asyik berdiri je.dah tu berjalan-jalan dengan abg aku lagi.then mak aku call suruh balik,sebab da nak sampai,then keluar balik pergi pyramid.
memang penat cam gampang.da tu,lapar pula.pergh.tak boleh bla.kaki aku rasa cam nak tercabut sebab tak dapat nak rehatkan kaki.asyik berdiri dan berjalan je.huh.penat gila.hahaha.masuk pyramid balik,pergi MPH,sebab mak aku nak cari pen.lepas tu,pergi popular book store.cari pen lagi.lepas tu pergi giant sebab mak aku cakap nak beli ayam yang dah masak.sampai sana tengok semua sudah kemas.cam gampang.
tapi kat giant,aku beli stockin,RM14.99.pergh.mahal siut.ade 3 pasang je.kat F.O.S lagi ar.3 pasang RM23.00.lagi mahal.memang tak boleh bla.then pergi jusco lagi.nak beli ayam.nasib baik ade.hahaha.
then balik umah,masak sayur.lepas tu makan.lepas tu kat depan computer dengan keadaan lalok.penat masih tidak hilang lagi.nasib baik esok aku off.pergh.nak rehat secukup-cukupnya la wei.penat sial.gampang betul.wakakakaka
current listening:
Ayat-ayat Cinta by Rossa