Friday, February 27, 2009
aduh...kebelakangan nih aku terlalu busy dengan kerja.kerja yang selalu menimbun telah menghadkan masa untuk aku menulis blog walaupun aku dapat online sementara tapi tidak sempat untuk buat blogging.aduh.time cuti je,sibuk plak dengan hal disekolah.
nasyid,KRS,pss dan lain lain lagi,semuanyalah kene ade aku.takde aku,benda tak bergerak.walaupun dah habis sekolah,tapi aku still aktif lagi dalam perihal sekolah.cikgu panggil aku je.aduh.
sejak kebelakangan nih,aku asyik tido je keje.cuti kalau ade masa lapang,aku tido.balik keje lepas online setengah jam,aku tido.aduh.tido tido tido.gemok aku macam nih.makan tak reti-reti nak excersice.tido je keje.aduh.gemok dan berat badan bertambah la macam ni.aduh.da la PLKN nanti 16 haribulan 6 da kene pergi.kalau tak work out,tah macam mana ar kat PLKN nanti.
maybe aku asyik tido sebab aku penat sangat kot kat tempat kerja pun selalu gak la aku merasa ngantuk.lagi lagi sekarang nih tengah sale,memang bertambah keje la jawabnya.esoknya plak aku full.dari pukul 10 pagi sampai 10.30 malam.pergh.cam gampang.hahaha.
esok plak aku nak kene gerak dalam pukul 7 lebih macam tu ke sekolah sebab ade ar budak junior aku yang muda setahun dari aku nak pinjam barang aksesori KRS sebab esok hari last untuk raptai mengenai hari sukan yang akan diadakan di stadium MPSJ.jadi aku pergi ke sekolah dan terus pergi ke tempat kerja dalam pukul 9 macam tu lah.sebelum tu lepak dulu kat sekolah tengok diorang punya raptai dulu lepas tu baroo gerak g keje.dah la kene kira stock esok.cipan ar.
aku booossaaannnnnnn~
current listening:
Take A Bow by Rihanna
tadi kerja patutnya 8 jam tapi aku minta buat 4 jam sebab aku perlu pergi ke sekolah untuk meletupkan diriku sebab kawad sekolah pun aku nak kene handle.ape guna ade pengerusi berpangkat sarjan.bengong.geram gak hati aku bila dipikirkan balik.
jadi aku buat keputusan untuk balik pukul 2 petang.time tu gak aku ngidam nak makan pizza.pergi cucuk duit dulu.then g pizza dengan husai.aku blanja ar dia.hahaha.nak buat macam mana.dia je yang ade.kalau tak aku blanja ar orang lain gak.tapi dia je ade time tu.dia pun turun nak g sound bebudak semua.sebab aku suruh semua bebudak senior turun g sound mereka.
then kat pizza huts aku pun order ar set for 2 people punya dan 1 large pizza.waiter tu pun cam tergamam je tengok aku.yeala.dua orang makan 2 small pizza with 1 large pizza.mana tak peliknye mamat tu.hahaha.
tapi mamat tu suggestkan jangan ambik large sebab besar sangat.dah la ade 2 small pizza.tambah lagi 1 large pizza,mao tak mampusnya aku.tapi aku ingatkan large besar mana la sangat.last last dia tunjukkan aku 1 dulang yang dia pegang untuk hantar makanan.besar dulang tu le large dia.pergh,mesti mampus kalau makan.tak mampus ar cuma tak habis sebab kekenyangan.
disebabkan itu aku ambik medium je.waiter tu pun macam,lantak ar duit ko.hahahaha.dia pun ambik order.sedang menanti tu,aku dengar la mp3.satu satu datang.mula mula air.lepas tu soup.lepas tu garlic bread.lepas tu baroo pizza sampai.orang yang hantar pizza tu pun tanya bebetul,betul ke order 3 pizza?aku dengan sai pun cakap la betl.then dia senyum je.macam tak percaya plak reaksi dia.dia ingat tak boleh habis ka?raksasa yang makan mesti habis punya.hahaha.
time pizza sampai tu,memang ngam ngam je.2 small pizza dapat bahagikan 4 keping untuk 2 orang.aku belasah dulu.dah la 3 pizza yang di order tu semuanya stuffed crust punya.pergh.hahaha.then pizza yang medium tu ade 6 keping.sorang dapat 3.aku habis ar belasah part aku.then ade plak roti ape tah.includ dalam set combo meal for 2 person eating kot.baroo sampai.patutnya roti tu makan semasa soup tadi.tapi lambat sampai.roti tu pun da sejuk.hahaha.belasah je.ade 4 keping roti,aku belasah 2.semuanya ngam ngam je ar untuk 2 orang.hahaha.then part husai yang medium pizza tu,sampai kepingan last,dia potong separuh bagi aku.aku time tu da bajet yang dia da kekenyangan.dah la roti yang dia hantar tadi pun dia tak belasah lagi.hahahaha.
then aku tunggu dia habiskan makan sambil minum air pepsi.then aku rasa tak cukup air pepsi ni.aku pun panggil waiter sorang.waiter tu botak.dia tanya aku ape tah,boleh refil balik air.aku cam ape mamat ni cakap?aku nak order 1 jug air pepsi pun nak mengarut-ngarut ape sampai dia sendiri pun tak tao macam mana.hahaha.terus aku sound yang aku nak order 1 jug air pepsi dengan nada yang bersopan santun.takde la sound kurang ajar.sound dengan nada biasa aku bercakap.hehehe.then dia pun g la ambik air.
time tu aku memang rasa kenyang gak ar.tapi tak full lagi.lepas tu air sampai.pergh aku rasa 1 botol dia bagi dalam 1 jug tu.balun jeee.hahaha.lepas minum air je,aku rasa cam full gila ****.betul siut.aku da agak yang lepas aku minum air gas ni comferm aku rasa full gila.jangkaan aku tepat.tak boleh nak bangun.perut sudeyh berat.hahahaha.
then lepak jee ar kat pizza.then ain salleh msg aku cakap ramai bebudak senior yang aku suruh kumpulkan tak dapat datang sebab diorang pergi beli aksesori.aku cam.pergh sib baik aku ngah tunggu makanan aku turun dulu.kalau tak,sia sia je aku kejar masa tadi untuk habiskan pizza sampai waiter dengan customer tengok macam aku berlumba makan dengan husai.segan plak aku time nak kunyah.siut.hahaha.
then lepak je ar tunggu air habis.lepas tu ade ar mamat yang hantar pizza tadi,minta izin untuk kemas meja.dia tanya da stop da ke?tak nak order ice cream ke ape ke tak nak?aku pun jawab ar yang air tu pun tak habis lagi.memang full ar.hahaha.dia gelak je ar sambil kemas dan beredar.lepas beredar tu aku usha gak kat member member dia,semua pandang kat tempat aku.wakakakaka.
time nak tunggu tu,memang aku da rasa nak terkucir dah.tapi sib baik tahan,dia turun skit.wekekeke.akhirnya air habis juga.time tu Allah je tao kekenyangan maksimum 2 orang insan.wakakaka.time keluar,aku dengan husai cover perut,tahan nafas biar tak nampak perut ku yang agak penuh dengan pizza.hahaha.
sebelum keluar tu,kene ar bayar.aku cam malas nak bangun dengan perut yang sarat dengan pizza.then ade plak sorang waiter tu hantar bill kat aku sedangkan aku yang sepatutnya pergi kat kaunter untuk bayar.ni orang tu yang datang kat aku.aku dengan usai da pikir benda yang sama.orang kat sini agak memahami yang kita tak boleh nak bangun.hahahaha.
pas bayar bla g ar jenjalan jap sebab hujan kat luar.then hujan berhenti aku dengan usai bla g sekolah tengok ade ar gak bebudak kawad kat sekolah.ramai gak yang takde aksesori sebab kat kedai tu stock da habis.asalaa.ni semua sebab kawad daerah ar ni.ceyh.
disebabkan kekenyangan itu,dan ramai senior takde,aku terbantut nak meletup kat bebudak semua tu.aduhai.nasib korang terlalu baik.hahaha.
current listening:
I Need A Girl Part 1 by Usher,P Diddy & Loon
Friday, February 20, 2009
aisyeh.harini masuk pukl 6-10.huh.patutnya full tapi permanent tak kasi.dia lupa yang supervisor da bising.dia suruh masuk pukul 6-10.aduh.
aku secara kebetulan pun nak pergi bank ar sebab ade masalah dengan kad atm aku.password semua da betul.tapi dia tulis kat situ wrong pin entered.so aku pun nak pergi perbaharui kad atm aku la.
aku pergi pyramid.kat tepi jusco tu ade la maybank.aku g sana,minta borang semua.nak tukar kad atm.then hantar kat kaunter no 2.aduhai.lepas tu,dia panggil minta i c aku dengan kad atm.dia minta cap ibu jari aku.
tapi apekan daya,kulit tangan aku mengelupas.so dia tak dapat nak ambik cap ibu jari aku kedua dua belah tangan aku.so dia minta pergi kat tempat yang aku buat kad atm ni.aku nak kene keluar,pergi metro plak.patah balik.aduh.sakit hati betul.
then sampai kat metro,pukul 11.30 pagi.aku pun pergi la kat kaunter service tanya dia semua,dia suruh antar surat yang aku isi kat kaunter 6.
kaunter 6 tu ade sorang kakak,memang cun gila la wa cakap luu.cair siut.hahaha.dia pakai spect memula.aku pun hantar ar borang tu kat dia.dia suruh duduk jap nanti dia panggil.
lepas tu,dia panggil la customer lain.selang 4 orang baroo nama aku.time dia serve customer lain,dia bukak spect lepas aku hantar borang kat dia.dia tak pakai spect pun,memang cun gila habis ar.hahahaha.
dia panggil customer lain,aku tak dengar nama customer tu.serius dowh.tak dengar.dia serve ar customer tu.time dia serve tu,akak tu asyik jeling jeling kat arah aku.cakap skit jeling.cakap skit jeling.memang aku perasan punya ar.
kat bank tu orangnya skit je sebab baroo pukul brapa.time tu aku duduk sorang je.takde orang kat belakang atao pun sebelah aku.dia jeling jeling kat aku.aku pun notice ar dia pepandang kat arah aku.
pergh time tu,kalau boleh,aku nak cakap kat customer service suruh lelaki yang serve aku nanti sebab aku takut skit dengan akak tu.dah la cun.muka takde la garang.tapi tah ar.gementar skit dengan awek awek yang cun nih.senang goyang siutt.wakakaka.
then bila tiba giliran aku je,dia panggil kuat siut.customer semua pandang je.padahal itu baroo 1 kali panggil.aku cam,ape hal la dengan akak ni.orang lain semua panggil slow je.nama aku je dia panggil kuat.pelik gak ar aku.
dalam kepala otak aku cuma 1 tujuan je.cepat tukar kad,aku nak check balance,pastu aku nak bla.takde terfikir atao terlintas untuk takcle akak tu.cun sial.sib baik ar aku tak tangkap gambar akak tu.kalau tak,boleh aku tunjuk.hahahaha.
memula dia macam tak percaya tengok aku.tah ape sal ar dia punya reaksi macam terbeliak.macam ade sesuatu yang ajaib berlaku.ahahaha.
kak maybank:
datang dengan sape?aku:
datang sorang je.kak maybank:
oh.erm kenape dengan kad atm tu?aku:
kad ni rosak kot sebab sebelum nih saya pakai takde ape pun.ni kelmarin,semalam,hari ini da beratus ratus kali saya men-try,tapi asyik wrong pin entered.kadang kadang tu ade la juga translation cannot be prosess.tah apehal dengan kad atm saya ni pun tak tao.kak maybank:
oh.jap,minta ic.lepas dia minta ic aku tu,takde ape pun dia nak buat.dia tengok je ic aku.siut.then dia panggil aku adik.ceyh.muka aku ni bebudak lagi ke?siut.hahaha.then dia key in data ape tah.takde kaitan dengan ic aku.
then dia ambik kad atm aku,dia ambik pemadam,dia pergi padam kat simcard kad atm aku.aku macam,eyh?apehal macam tu plak?tak rosak ke data dia?pelik betul.
kak maybank:
nah,cuba try lagi sekali.da boleh da.kad ni still boleh guna lagi.tak perlu nak tukar kad baroo.bazir duit rm12.00 je.cuba try kat mesin atm tu.ingat pin number kan?aku:
oh.ok.saya pergi try.ingat ingat.mana boleh tak ingat.akak tu senyum je tengok aku.aku pun senyum je la.tak buat ape,aku bla g mesin atm.try ar masuk letak pin number.sial.boleh plak.cam gampang je kat atm aku ni.sengal.nak je aku patah patahkan kad atm aku.cis.
cara senang je.ambik pemadam,g padam kat simcard atm tu,lepas tu try lagi sekali.da boleh check keluar balance semua.siut.ceyh.sakt hati betul.tak tao plak senang macam tu.
buat penat aku je pergi bank kat pyramid,tak boleh,g kat metro,dia guna pemadam je.sial.senang gila.hahaha.then aku bla balik.
dalam kepala otak aku,sib baik da selesai.huh.cantik gak la akak tu.pakai spect ke tak pakai,cun melecun.dapat nih,memang best.awek kerja bank.gaji pun tinggi.hahahahaha.
tapi aku tak rasa dia akan pandang mamat macam aku yang baroo je setahun jagung.gaji pun seciput je kalau nak bandingkan dengan dia.aku rasa,dia pandang aku sebagai adik je.tak lebih dari tu.ngeh ngeh ngeh.
tapi cun ar akak tu.time jumpa akak tu,tak terlintas plak nak gegurau dengan akak maybank tu.aduh.melepas aku.aku citer kat sai,dia cakap akak tu syok kat aku.melepas aku tadi sebab tak buat ape.
sai da cakap.asalaaa.takde respon la ko ni.takde perasaan betul.dia da syok kat ko,ko buat derk je.sengal.kalau aku ikut ko g bank tadi,da lama aku tackle akak maybank tu.
aku gelak je.siut punya husai.mana aku tao.tak terlintas pun kat otak aku nak tackle akak tu.dalam otak cuma nak benda tu selesai,check balance.itu je.aduh...
current listening:
Superhuman by Chris Brown & Keri Hilson
Tuesday, February 17, 2009
semalam,aku ade date dengan 2 orang.dua dua orang ni kembar,adik beradik.mereka bekerja di mph.aku awal awal da bagitao nak datang melawat.maksudnya aku buat
APPOITMENT dulu ar sebelum datang.kang datang tak jumpa,da bazir masa.hahaha.
pergi pyramid untuk tunggu bas dalam pukul 9.35.bas datang pukul 9.45 pagi.alyaa suruh msg dia time aku nak gerak.tapi aku tak msg dia.saje je tak msg.hahaha.time dalam bas,baroo la aku msg dia suruh gerak.hahaha.kasi dia cuak.hahaha.
tepat pukul 10.00 pagi,aku dihadapan subang parade.aku ronda ronda masuk dalam sementara tunggu alyaa datang.time tu,kedai semua tak bukak lagi.da terasa shopping complex tu aku yang punya.hahahaha.
then aku nampak ade sorang minah ni jalan.aku ingatkan alyaa ar.aku msg dia,baroo masuk ka? dia reply baroo sampai.kat mana?.aku cam.eyh salah orang ke?hahaha.siut ar.salah orang plak.
then jumpa la kat parkson atas sekali.date ar,jalan jalan.ajak lepak kat mana,aku mana la tao.aku jarang datang subang parade.tak tao mana nak pergi sebab subang parade tu,kalau masuk,aku tak sesat pun.memang aku da tao da mana nak jalan.
tapi memandangkan ini tempat mereka,aku suruh ar dia yang bawak aku g lepak memane.turun,pergi di naina dekat carefour.order teh ais,alyaa order milo ais.then berborak le memacam.hahaha.berdebat pun ade gak.tapi sentiasa dia kalah.tak tao asal.hahaha.
then aku ajak ar dia g teman aku cari hadiah,kakak dia break pukul 11.45 pagi.so g la cari kat bawah semua ar.nak cari hadiah untuk adik angkat aku.sebab dah 2 tahun celebrate aku tak bagi hadiah.haritu belanja makan pun dia tak mo.segan.tak mo aku belanja.aku cam.haiya.belanja pun,dia minum je.tak mo makan.aisyeh.pening kepala aku.
so aku decide tuk beli kan dia hadiah walaupun birthday dia lambat lagi,aku beli hadiah untuk ganti 2 tahun lepas yang celebrate tapi tak bagi ape-ape.dia suka mickey mouse.so aku cari la patung mickey mouse dengan alyaa kat subang parade.
dapat cari kat toy r us.ade yang besar.berharga 59.00 ringgit.pergh.bajet dalam 20.00 ringgit je walaupun ade 50.00 ringgit dalam tangan.cari cari cari,dapat 39.00 ringgit.cari cari cari lagi dapat 29.90 sen.cari cari cari lagi tak dapat yang lagi rendah dan lagi kecik.aku ingatkan nak ambik yang lagi kecik punya supaya dia senang nak bawak g memane.tapi malangnya tak ade.aduhai.
tapi takper la besar skit.biar dia dapat hug bawak tido.hahaha.tapi mahal sangat nak ambik yang besar tu,59.00 ringgit.tapi bajet lari.nak cucuk duit,bank plak buat masalah.tak boleh nak prosess untuk check account balance tak boleh.nak cucuk duit pun tak boleh.masalah betul ar kad atm aku.aku pun ambik jela patung bernilai 29.90 sen.hahaha.
then g mph jumpa kakak dia,aimi.aimi cakap dia break pukul 1 plak.time tu da pukul 11.50 pagi.so lepak jap ar.g atm,check lagi.satu subang parade aku mencari atm.try tak boleh gak.bengang betul aku.
then aku g carefour,lunch kat foodcourt dia.makan nasi ayam.boleh la tahan.sup dia panas gila.siut.hahaha.lepas tu g beli mcflurry.perisa oreo.hahaha.
then g subang balik.lepak kat atas,sebelah parkson.lepas habis je makan mcflurry,g mph.baroo nak lepak duduk cari buku,aimi msg aku tanya kat mana.tak sempat lagi nak duduk cari buku,aiya.hahaha.tak per la.tak kisah.member punya pasal.hahaha.dia ajak g break kat foodcourt carefour.hahaha.
muka aku lagi sekali la terpampang di foodcourt carefour.hahaha.aku ade cakap dulu nak belanja aimi makan.tapi alih alih,dia da pergi order,bayar.aku tak sempat nak buat ape-ape.aku pun g la beli air ice lemon tea segelas.aimi cari aku.meliau dia cari aku.last last jumpa gak dia.aku duduk kat tepi sekali.
ingatkan nak berborak.dia pun ngah nak makan.aku pun diam je la sebab nak makan susah kalau nak cakap.aku pun diam je sambil tengok dia makan.then dia susah nak makan sebab aku tengok je dia.wakakaka.saje kasi dia pressure tuk makan.hahaha.
baroo je nak date,dah ade sorang abg datang.kacau line plak.dia dari agensi makanan domino.dia promote domino punya kupon.bayar rm20.00 je save rm490.00.aku time tu da ar bajet lari pasal beli hadiah.then,nak belanja aimi.bleyh plak dia minta rm20.00.kesian plak aku tengok abg tu.
yeala da penat bercakap,aku tolak plak.kalau nak diikutkan,memang aku cakap tak nak ar.sebab ngah date.tapi pikir kalau aku kat tempat dia,orang lain buat macam tu,memang sakit hati.sebab itu aku layan je la.
tapi boleh la plak dia cakap,
salesman:
kalau beli kupon nih,boleh la makan dengan awek abg.boleh makan candle light dinner.mesti awek abg ni suka punyaaku:
sekarang ni takde duit lah.nak cucuk duit kat ATM pun card ATM ade masalah.tak boleh nak prosess.duit dalam tangan pun tak cukup.salesman:
bagus lah takde duit.kami memang cari orang takde duit untuk kupon nih.hanya 10 orang yang terawal je kami bagi kupon nih.lepas ni abg dah tak dapat dah tawaran macam nih.aku:
erm tak pe lah.duit pun takde ni.salesman:
takkan takde kot?kongsi la duit dengan awek abg nih.rm20.00 je bang.nanti bayar lah balik duit awek abg.aku:
oh tak boleh.saya tak suka nak pinjam pinjam duit perempuan atao awek nih.sorry lah.memang takde duit.kalau ade,saya boleh bayar.tapi masalahnya sekarang memang takde duit.salesman:
erm kalau macam tu tak per lah.sorry la ganggu abg ngah date dengan awek abg ni.sorry.assalamualaikum.aku:
eh tak per.sorry eyh,memang takde duit ni.salesman:
oh takper.aimi:
tu lah.layan lagi.kan dah kene.aku:
nak buat macam mana.fikir la kalau kita di tempat dia.kalau orang buat macam tu,kita rasa sakit hati.macam orang takde maruah.kene halau macam tu je.aimi gelak je.siut.tao ar aku ni baik hati sangat.pijak semut pun setengah mati je.hahahaha.aduh.abg domino abg domino.pasal lu la gua da buang masa nak date dengan aimi.aduhai.bila la date lagi dengan mereka.wakakaka.jahat benor.
lepas tu dia ajak blah g mph balik sebab dah time masuk kerja dah.so aku pun pelik.apehal aimi tak beli air lepas makan?tak tersedak ke?
aimi rilek je jawap da biasa makan,tak minum air.nanti perut senak.aku pelik betul la dengan jawapan dia.hahaha.orang nak belanja,tak nak plak.aiya.da janji tak tunaikan tu yang lemah tu.hahahaha.takpe takpe nanti ar aku belanja.kali ni tak dapat,nanti dapat ar.
by the way,aku still ingat lagi janji janji aimi tu.hahaha.jangan ingat aku da lupa weeeyyhhhh.tak cakap pasal janji tu sebab tengok aimi macam penat je.so malas ar nak gegurau pasal janji dia.da sampai kat MPH,bleyh plak dia cakap.
aimi:
dah sampai dah.nasib baik tak ingat janji.aku:
huh?oh.bukan tak ingat janji.janji tu nanti pun boleh gak.bukan tak boleh.g la masuk dulu.kang lambat plak.nanti saya masuk.saya nak cari buku jap.nak habiskan air ni.aimi:
okthen aku g la bla cari port tuk duduk habiskan minuman aku yang tak minum lagi sebab gangguan abg domino tu.hahaha.siut jerk.bagi kat aimi,tak nak plak dia.hahaha.lantok la.nanti ar aku belanja kalau ade lebih.hahahahaha.gaji mu dengan gaji alyaa akan ku nanti.hahahahaha.
then masuk dalam mph,cari buku semua bosan je.takde ape.then g kat majalah.tengok alyaa ngah susun megazine.hahaha.siap angkat bangku bergerak lagi.wakakaka.dia kemas kat sebelah aku je,
aku:
pendek pendek pendek.alyaa:
diam lah.kecoh ar lu.hahahaaku:
pendek pendek pendek pendek pendekdia bengang.wakakaka.then diam je la baca majalah pasal ps one punya game dengan pc punya game.cam best je.dah la lama aku tak main game kat pc dengan ps.ceyh.nak main je takde game yang best.bosan betul.
then tengah baca majalah tu,alas plak call aku.cakap ade hal emergency.datang sekolah.aku cam,eyh sial.aku tak tao ape-ape pun.tiba tiba je cakap ade emergency kat sekolah.cikgu panggil.siut ar.aku cakap ar nanti ar dalam kul 5 nanti aku sampai.sempat lagi aku baca majalah tu.hahaha.sakit tengkuk aku menunduk je baca.hahaha.
dalam kul 4.30 aku gerak dari mph tunggu bas kat depan carefour.lambat gak ar bas datang.kul 5,sampai pyramid.aku pun jalan kaki le sampai ke sekolah.pergi kat sekolah je jumpa alas.pergh sakit hati gila babeng.siut ar.kene tipu.gampang betul.tengok ade nasyid dengan kawad kaki.tapi cikgu takde pun.alas saje je call cakap emergency sebab tengok bebudak krs kawad cam taik anjing je.sial punya alas.emergency la sangat.cish.
then lepak kat sekolah dengan alas,hadri,fuad,zhai dengan shahrul anwar.then diorang nak pergi pyramid lepak.hadri belanja.biasa ar.gaji rm2000 ++.sial ar.keje 7E je.OT selalu time malam.siut.memang ar gai rm2000 ++.baik hati plak belanja kat nikmat dengan kfc.2 kali plak tu belanja dalam 1 hari.lepas makan kat nikmat je,g pyramid.
jumpa alas,dia kerja.ceyh.jumpa dia suruh minta beli roti.cibai betul perangai.hahaha.siut.then turun g giant,naik atas balik bagi kat dia.then fuad ar cakap nak g makan kfc.makan wedges.hahahaha.alas bengang je.dia kerja,tak dapat ikut.hahahaha.hadri on je.duit banyak.hahaha.sial.
lepas tu,tinggal seketul ayam je.bagi ar kat alas,tapi alas takut plak si manager nanti check sebab time lepak kat tempat alas kerja,manager ade lalu.dia pandang je.aku perasan,buat bodo je.manager tu bukan kenal aku pun.g mamp la.dah la tak kerja.hahahaha.
then lambat sangat nak tunggu alas,ayam tu hadri bawak balik bagi adik dia.hahaha.panas je hati alas.hahaha.aku dengan fuad pun balik ar.
sampai rumah pergh ngantuk siut.tengok tv kejap je aku da tertido.tertido tu boleh lagi dengar aku berdengkur.wakakaka.buruk je perangai.then aku masuk bilik tido.penaattt siiiiaaalllll.
current listening:
Hilang by Garasi
Tuesday, February 10, 2009
hari ini aku nak citerkan peristiwa 8 haribulan punya.9haribulan takde ape pun sebab masuk pukul 6 jadi takde cerita sangat.8 hari bulan ade berita baik dan buruk.
8 haribulan 2
berita baik la.awal awal lagi kak ina da call aku cakap aku nak kene tunggu kat KFC pukul 12.dia bagitao masa pukul 11.15 pagi.aku pun kelam kabut la bersiap.sempat gak la balun 2 keping roti canai.wakakakaka.
sampai-sampai dalam pukul 12.30.aku lepak dulu tengok semua da order da.kak ina order family pakej.ade 6 orang yang join termasuk aku.tapi 5 orang je yang sedang makan.lagi sorang lambat sampai.dekat nak pukul 12.45 baroo dia sampai,husai.
semua yang ade termasuk aku ialah kak ina,kak ita,kak gomala,kak sharmini dengan husai.kesian gak aku tengok husai.dia allergic dengan ayam.so dia belasah kentang dengan vegetable je.then kak ina belanja husai makan alaskan,burger ikan.
dia pun makan le.memang melantak gila babi sial.order untuk semua merasa.dia balun sorang.aku nak merasa yang time tu KFC ade promosi pasal ice cream ape tah yang diorang buat.dia bagi 4 choice untuk merasa.ape tah nama 4-4 ice cream tu.
husai pergi belasah 4-4 tu sorang.cam gampang sial.ajak dia,memang macam sial.tao le tak boleh makan ayam.bley dia pergi belasah benda yang orang lain tak rasa lagi.sial.memang nak baling kasut letak sos cili je bagi dia makan.ish.geram siut.
then diorang semua punch in.aku masuk pukul 2.diorang punch in dalam pukul 1.20 macam tu.husai nak balik sebab nak angkat ubat alergic dia,sebab dia nak makan ayam KFC tu time break nanti.dia pun masuk pukul 2 sama dengan aku.so takde hal ar dia nak balik.
aku cakap dengan dia,jumpa aku kat popular.so dia balik je,noorsham call aku ajak break dengan dia kat shaz.pergh.tak bole bla sial.sib baik aku lepak dengan dia.tunggu si malaun tu,dekat nak pukul 2 baroo jumpa dia.kalau aku tunggu kat depan popular,da macam tungkul kayu je dengan pegang bungkusan kfc,tunggu terpacak kat depan popular macam budak bangang.
dah la tak boleh bawak masuk makanan kat dalam popular tu.sib baik lepak dengan noorsham.sial betul.member tak member ar.da tao janji dengan orang,tepati la.ni buat kepala je.tao aku tak nak janji ape-ape dengan mamat cilanat sekor ni.ish.geram siut.
jumpa dia,terus masuk jusco letak kfc kat kaunter aku,sebab kaunter LEE da penuh.kaunter tempat aku je ade banyak kosong lagi.so letak la kat kaunter aku.berbau KFC la jawabnya.
aku punch in pukul 2.15 sebab cilanat sekor yang lembap gila babeng tu.siut.gampang.geramnyaa laa aku hari tu.dah tu,perut pula buat hal.meragam je keje.husai pun meragam.tak tao asal.masuk je,terus cari tandas.kat staff entrance tu tak bole bla,ade je mangkuk duduk kat dalam tandas tu lelame.nak je aku simbah air dari singki.
then naik atas punya toilet.pergh,bao muntah.sial.gampang betul leee.tension siut.nak membuang pun tak selesa.tapi da takde pilihan,terpaksa la juga aku buang kat situ.haiyaa.
then lepas da buang,turun buat kerja sikit.lepas tu break pukul 5.aku break dengan husai,alas,zaid dengan ain harun.aku belasah 2 ketul ayam original,2 teh ais.pergh sedap.wakakaka.
diorang ade order nasi paprik la nasi goreng cina.si husai plak order nasi goreng,tapi dia g blasah nasi goreng kampung.bodo tak bodo.bertepek kene kutuk kat situ.order lain,dia pergi ambik lain.bukan salah makcik kantin tu.bodo betul mamat sekor ni.
si ain plak order maggie sup,tapi dia belasah maggie je.rencah lain semua dia tak makan.asalaaa.pelik betul anak pakcik harun ni.hahahahaha.lantak ar.duit dia,p lantak mao buat apa pun.hahahahna.
then punch in,berita buruk pula berlaku.handphone kak ina kene rampas dengan bluewave gemok,3 calit.memang kak ina,masa tu da berair mata dia.kak ina ni lain skit.dia kene ade handphone.kalau tak,tak boleh hidup dia.dia nangis.terus takde mood.
kitorang pun macam nak sangai bluewave tu sebab rampas handphone kak ina.patutnya tak boleh rampas,warning atao bagi surat je,sebab handphone tu hak kita.diorang takde hak nak rampas.tapi gemok tu da rampas,tak bole nak buat ape ar.
kak ina da nangis ar.tapi takde la nangis gegila.setakat keluar skit skit la.da tu pukul 6 lebih.dia pergi minta kat cik bat,iaitu,ketua bluewave,3 paku.mula mula minta tak dapat.then kali kedua,minta baroo dapat.
bluewave tu cakap,nak balik baroo dapat handphone.then kak ina turun,gelak gelak cakap nak balik.takde mood nak buat full hari ini.kalau tak balik,tak dapat handphone.so dia nak balik,dapat la handphone.
kesian gila babeng aku tengok kak ina ari tu.memang kesian gila.nangis tu.kalau aku,aku sangai je gemok tu.buat dajal.pergi mam la gemok tu.kerek gila gampang.
jadi,9 haribulan 2,aku cuti,tapi kak ina suruh masuk pukul 6,ganti cuti hari rabu sebb dia takde mood nak kerja.so aku pun masuk je la,bagi kak ina ok dulu.
tapi tadi pun tengok,kak ina macam tak ok lagi.muram je.takde gelak gelak da.senyap,sunyi sepi je.
current listening:
Cinderella by All 4 One
Sunday, February 8, 2009
sekarang takde masa nak tulis blog ar.balik pun selalu lewat,dalam pukul 12 lebih baroo balik.sebab ape?melepak je kat maple lepas kerja.balik,on check myspace,blog dengan email je.then tutup baca novel.
minat aku terhadap novel kembali lagi.tapi selalu tak sampai 3 bab aku da tido sebab penat.haiya.da la ade 73 bab.mampoih aku nak baca.
ok la.aku citer skit la tuk hari ini.da hampir 3 hari takde cerita.hahahaha.
ni citer pasal audit.korang mesti tao audit tu ape.dan sudah pasti ade yang tak tao.audit tu pasal checking kat tempat kerja.kebersihan,cara bekerja,menyambut customer dan lain lain.
si ketua aku bagitao aku,audit,hari jumaat.dia bagitao hari khamis.memang kelam kabut nak kemas semua.store pun nak kene kemas sebab audit nak check seluruh jusco termasuk store.so store aku,memang bersepah ar.baik punya sepah.tali semua berselerak.
ketua aku bising masa breafing sebab store tak kemas.dah tu,audit nak datang hari jumaat.time breafing tu da hari khamis.so kitorang kelam kabut kemaskan store.
ketua aku cakap,stock semua tak nak ade kat atas lantai.aku tengok,stock aku macam banyak kotak.pas breafing,aku terus kemas store dengan sai untuk letak stock aku kat atas.memang berat gila babeng ar stock semua.
da angkat semua dah.tinggal 1 je stock kat bawah.besar,panjang dan berat nak mampus.aku tak tao macam mana nak angkat.then aku tengok ar stock yang aku letak kat atas tadi.aku tengok,bukan stock aku,stock wrengler punya.aku da...gampang betul.dia punya salephone tape da hampir sama dengan brand company aku.
cipet.bengang gak aku.last last jumpa permanent dia,dia cakap stock semua tu dia nak return.asal letak kat atas.aku da,sial ar.nak kene bawak turun balik.tapi aku cakap ar nanti nak return panggil ar aku.aku bawak turun.
buat sementara ni biar la kat atas dulu.kasi audit tu bla dulu.kang bising plak bos company aku kalau kene surat warning pasal kebersihan dan cara bekerja semua tu ar.bos besar bising kat ketua aku,ketua aku bising kat permanent aku,permanent aku bising kat aku.semua kene tembak gara-gara audit punya pasal.haiyo.siut betul.
then pagi jumaat tu audit tu datang dalam kul 10.45 macam tu.aku tak perasan.aku panjat,aku bersihkan kat atas dekat kaunter aku,sample seluar semua ar sebab berabuk kat atas.
then kak ita cakap audit da sampai dah.aku tak tao,aku ingatkan blue wave,tengok,takde pula blue wave.pastuh aku turun ar,kak ita cakap audit kat depan kaunter dia,ngah check seluar.
aku pun kelam kabut ar letak kerusi balik simpan semua peralatan pembersihan.tak tao ar dia perasan ke tak.lantak ar.buat bodo sudeyh.dah tu,time permanent aku takde la juga nak buat audit.aku da rasa macam aku sendiri yang permanent sebab permanent aku cuti selama 3 hari holiday kat kota kinabalu dengan genting.siut.best betul.dapat gaji terus holiday.
aku plak kene seksa kemas itu ini pasal audit.dah la audit hari jumaat dengan sabtu.dia sedap ar holiday.then sabtu tu ade asembly besar.aku ingatkan promoter kene pergi,so aku suruh la kak ina ni masuk pagi sebab aku tak nak pergi asembly.
dia kata ok je.nanti pagi dia masuk.tengok tengok,pukul 4.45 pagi dia msg kata tak dapat nak masuk sebab baju semua bahan kerja tinggal kat kampung.pergh.cam tu plak.sib baik takde audit tadi.rasa-rasanya esok atau lusa kot audit tu datang.lantak ar.
so nak tak nak aku kene masuk pagi,tapi aku buat kepala sendiri je masuk pukul 2.hahahaha.lantak la.super pun bukan ada datang pun.hehehehe.kak ina balik,aku nak suruh dia belanja.belanja untuk kira stock blum lagi.untuk audit ni belum lagi.buah tangan dari kota kinabalu dengan genting pun belum lagi.waaahhhh.best macam ni.hahaha.
gurau je.malas aku nak minta semua tu.lagipun aku dibayar gaji untuk buat semua ini.so aku tak nak la berkira dengan permanent aku.setakat gurau gurau nak sakat sakat tu ok ar.takde hal.hahahaha.rilek je dengan permanent buat kepala.hahaha.
current listening:
Thats What You Got by Paramore
Wednesday, February 4, 2009
hari ini bermula lah rancangan kak ina iaitu pergi bercuti selama 3 hari 2 malam.jadi dia takde,aku la jadi bos.wakakaka.nasib nasib.mao buat macam mana.hehehehe.
hari ini masa aku bekerja hanya 4 jam sebab aku minta sampai pukul 2 je.tapi yang tak syoknya,kul 2 ade breafing dengan nenek tua tu kat bedroom.benci betul la aku dengan nenek tua tu.
naik atas g bedroom,tengok,si nenek tua tu takde kat atas.izzaty,member aku,ganti dia buat breafing.huh.gembira aku nenek tua tu takde.
then turun,pergi kantin makan.aku pergi dengan sai,alas da hilang dengan hadri.tao la hadri selalu belanja.duit da masuk.tak bole nak kata ape la.aku ni duit tak masuk lagi.dah la bayar pakai cek.3 hari lagi kene tunggu lepas dapat cek.cish.
then,aku balik rumah dulu sebelum pergi ke sekolah.biasalah.aku kan vvip[Very Very Important Person]wahahaha.nasyid dijemput,kawad dijemput,camp dijemput.pergh.best betul.hahahaha.memang vvip aku ni.wekekeke.
then alyaa,budak ss17 msg aku.aku time tu da macam.adoi.asal time aku ngah sibuk kat sekolah dia datang tempat kerja aku?dengan aimi nasib baik tak terlepas.yeala,dia tu memang suseyh nak berjumpa.dari dulu lagi suseyh.tak tao asal.dengan alyaa senang plak.aisyeh.
tapi kali ini termiss pula.rindu ar kat kamoo ni.hahaha.betui.tak tipu.rindu oh.lama gak tak jumpa dan tak bersembang.huhuhu.lain kali nak datang,bagitao dulu.mana tao saya ade hal ke ape ke kang jadi lagi macam tadi.
nak jumpa tapi tidak kesampaian.sia sia je.haduh.melepas untuk melepak dengan kamoo lagi.aiyaaaa.hahahahaha.nasib ar.aku pun vvip.nak jumpa aku pun kene buat temujanji.memang mengalahkan perdana menteri.wakakakakaka.
then ade ar bad news about kawad kaki daerah.cam siut je.main tunda tunda plak dia.mula mula 28 haribulan 2.then 14 haribulan 2.then tunda lagi tak tao bila.cam gampang je perangai.semua buat nak cepat.last last tunda tunda tunda.gampang nye lah sape yang buat kertas kerja semua tu.
tension gak aku.so mulai esok,takde kawad kaki.i mean takde latihan untuk kawad kaki.hari sabtu,ade ar.so kawad hari sabtu je.aku rasa kene tunda sebab ramai sekolah minta tunda sebab tak cukup masa untuk latih bebudak ni.siut betul.
time zaman aku,rilek je.bagi masa 2 minggu.perduli ape diorang.formasi siap reka dan belajar kat tapak kawad kaki daerah lagi.otai tak otai ar zaman aku.zaman bebudak bawah aku,ceyh.porachi.bley plak bagi masa kat bebudak.siut.
aku pun tak paham le dengan ape yang diorang nak buat.aku tak kisah ar.tapi rasa cam tak best ar sebab kalau tarikh kawad kaki bulan 3,memang tak hantar ar sebab ramai bebudak yang nak kene pergi tuisyen.
aku macam,pergh.siut.kalau macam tu,2 tahun ar takde kawad daerah.tahun lepas dengan tahun ni.argh rugi siut.bebudak ade plak yang nak tarik diri la ape la.ade ade je alasan tak nak masuk.tapi latihan datang.aku hangin betul le.
tapi aku tak kisah ar sebab zaman aku da berakhir.aku cuma boleh jadi coach dengan facy time camp je.so its not my problemooo.but still feeling bored without kawad kaki daerah.haiyaaa.
current listening:
Lagu Untukmu by Meet Uncle Hussain
Tuesday, February 3, 2009
hari ini aku off.jadi aku nak kene pergi maybank untuk buka acc.aku tak bukak acc lagi.so aku pun datang la pyramid pukul 1 lebih.jumpa alas,tengok hadri pun ade sekali.then lepak lepak ar kat situ,lepas tu nak tunggu alas keluar break,pukul 2,aku dengan hadri pun pergi je la jenjalan dulu sementara tunggu alas keluar break.
pukul 2 dia suruh tunggu kat popular.dia pergi punch out card dia.jumpa kat popular,dia kata lupa nak punch out.dia masuk balik,dia punc out baroo jumpa kali ke 2 kat popular.kitorang pun straight je la pergi maybank kat sebelah jusco tu.minta borang,customer service tu cakap tak boleh bukak acc hari ini.kene bukak esok.tak tao la asal.
da dapat,bla g makan.mula mula nak makan kat restoran nasi kandar kat sebelah 7 E dekat luar pyramid.then tak jadi,makan kat nikmat,sebelah kedai kodak,luar pyramid jugak.da habis makan je,wandi pula sampai.hahaha.dia pun nak makan.kitorang pun berborak la.pasal budak nasyid,sekolah,pss semua tu la.
then abg aku call suruh ambik lagi 1 borang,dia malas nak keluar.then aku suruh alas ambikkan lagi 1 borang sebab aku takde masa dah.aku nak kene pergi sekolah sebab MOHAN da suruh aku awasi bebudak kawad kaki nih.
then sampai kat sekolah tengok zhai da ade kat situ dengan bebudak kawad kaki.tapi tak ramai ar bebudak kawad kaki.ramai tak dapat datang.esok pun same kot.sebab ramai nak pegi hoki sebab ade pemilihan wakil sekolah.so aku bajet tak ramai yang akan hadir kawad kaki esok.
aku datang,aku tengok bebudak kawad semua,memain je keje.gelak sana gelak sini.memang aku nak sound je.time kawad serius ar.time kat luar barisan tu nak main ke buat project ke ape ke pergi lantak korang ar.nih memain.
aku diam je.sebab aku da habis sekolah jadi aku tak nak ar bukak mulut.kang diorang cakap ape pula walaupun aku ade hak untuk tegur mereka.aku nak sound je bebudak kawad semua.tapi kang diorang takut pula nak cakap dengan aku nanti.masalah betul.hahaha.
then pergi balik pyramid untuk ambik borang lagi 1 dari alas.tengok tengok dia tak angkat.dia cakap lupa.memang aku nak baling je kasut bonia kat muka dia.sial betul.aku suruh angkat.tak angkat.dah tu tak bagitao aku.dia siap cakap lagi dia balik pukul 6.kalau aku datang malam,mati ar.tak jumpa langsung.siut.gampang betul.
then abg aku call tanya pasal borang tu aku kelengtong dia cakap borang da habis.nasib ar.gara gara alas lupa ambik,aku kene kelengtong abg aku.cish.
then lepak ar kat tempat aku bekerja.sai baroo masuk kerja tadi.pukul 2.first day da dapat bad influence.hahahaha.ade ar peristiwa dia.memang cam gampang ar.terutama aku dengan permanent aku yang berperangai macam cibai skit.wakakakaka.
rilek je buat hal.nasib bluewave tak ade.kalau ade.memang mampus kat situ ar.kene pecat tak pepasal.hahahaha.balik lepak kat orange(maple kat PSG).kat sana,dari pukul 10.30 sampai pukul 12.40 lepak.sepanjang lepak tu,ramai gak la member lama yang sama batch dengan aku datang beli makananan.
balik rumah,on PC,check kejap,lepas tu off,isi borang nak bukak acc.pergh.tak sampai 1 surat isi da ngantuk,tido.wakakaka.rilek je.
current listening:
Becouse Of You by Ne-Yo
Sunday, February 1, 2009
hari ini pagi pagi lagi mak aku dah buat hal.aku cakap baju kerja aku tu aku nak basuh hari ahad malam.sebab hari isnin ni aku cuti.then aku hanger kan baju aku tu kat bilik aku.then sebabkan aku ngantuk sangat sebab penat kira stock,(tak habis lagi) tak sampai 3 minit baring,aku dah terlelap.
bangun je pagi ini,aku tengok baju kerja aku tu ada kat dalam baldi,berisi air bersabun + Clorox.aku cam nak jerit je.yeala 1 baju tu je yang aku ada.baju lain semua ade lencana sekolah dengan lencana sesi.aku pun g jumpa mak aku.
mak aku cakap
"pergi la sidai baju.nanti pukul 12 kan ko masuk kerja.kang tak kering pula"
aku pula hadui
"bila masa plak saya cakap masuk pukul 12?tak tanya pun.saya masuk pukul 10 pagi la.sekarang da pukul 9.50,mana nak cari baju?mati ar macam ni dengan permanent nanti."
mak aku boleh cakap
"sekejap je ni,kering ar.baju ni nipis.jemur sekejap je.pastuh pakai la"
aku diam je.aku ambik handphone,aku msg kat permanent aku,masuk pukul 12 sebab baju tak kering lagi.aku ingatkan permanent aku buat full,tapi dia masuk lagi lambat.pukul 2.ceyh.
then aku ambik baju sekolah aku,lucutkan lencana sekolah dengan lencana sesi.ade bekas,itu yang aku tak suka ade bekas.cacat walaupun nampak macam baju baroo tapi ade bekas.tak suka betul.
then pukul 12.02 minit aku punch in.lepas tu kak ina msg aku suruh punch in kan punch card dia.aku tolong punch kan 12.07.tapi dia masuk pukul 1.55.ceyh.then aku pun kira la stock yang belum habis.
kak ina masuk tak sampai 15 minit,dia cakap nak g makan.aku macam terdiam.15 minit baroo da nak pegi makan?tak boleh bla betul.hahaha.sib baik ar permanent aku ni sporting habis,satu kepala dengan aku.hahahaha.then dia pun bla g makan dengan permanent LEE,kak Ita.
lama siut.aku kira stock kat atas cabin tu pun da dekat nak siap.diorang masuk pukul 2.55 petang.ceyh.then aku pun siap kira stock.lepak lepak jap.stock yang aku kene kira da siap.permanent aku punya tak siap lagi.dia kene check stock baju.kul 5 aku break.masuk balik dalam pukul 6.12 minit petang.
aku lepak je tengok dia check stock semua.then dia suruh aku tulis code dengan saiz untuk setiap display.aku cam,ok la takde masalah.boleh je.dia pula nak pergi break.aku tulis semua code tu beserta dengan saiz.memang sakit ar tulang belakang aku.
dah la jari aku still alergic lagi.tak tao asal.kat tempat kerja je,start alergic.berbintik bintik.hish.tak suka betul aku.so nak cepat tak boleh,lambat je buat.pukul 9.25 baroo la aku habis.
then aku nak kene kira stock macam biasa.brapa banyak yang ade kat setiap rak.tak perlu tulis saiz.kul 10 tepat baroo selesai.kak ina suruh buang sampah,tapi aku lupa pula nak buang.hahahaha.esok husai mesti kene buang sampah.wakakaka.
esok kawan aku,bernama husaini akan start kerja di sebelah deparment aku,LEE,mengantikan kawan aku juga yang bekerja di department LEE suatu ketika dulu,izwan ariff.izwan ariff juga bakal bekerja balik tapi bukan dekat dengan department aku,tapi department kasut sports kat atas.
husai masuk je esok kene ragging dengan kak ita.hahaha padan muka ko.wakakaka.
current listening:
Mentera Beradu by Malique & M.Nasir
hari ini dengan secara rasminya aku kembali kepada status asal aku,single mingle dingle.minta break pada pukul 4.50 petang.korang mesti nak tao kenape en?betul tak?comferm.
citernya begini.korang mesti tao kalau dah couple,tak sah kalau tak pegang tangan.itu mesti.tipu ar kalau tak pegang tangan walaupun sekali.tapi aku ni,ske la pegang tangan.itu je.tak de lelebih.
then semenjak dia di PLKN nih,dia cakap,dia dapat banyak rangsangan untuk berubah menjadi lebih baik untuk diri dia.dia tak nak pegang tangan semua tu dah.dia minta maaf sebab dah tak dapat nak beri layanan seperti dulu.jadi dia minta break dengan aku.
aku pun,korang tao tao je la.tak suka memaksa.so aku terima dengan hati yang terbuka walaupun aku agak sedih dengan apa yang berlaku,berubah tak semestinya perlu break.aku terima dengan seadanya.
dia cakap,nak aku bebas seperti dulu.tak nak terkongkong hanya kerana dia.kerana dia berubah,aku tak rasa happy dengan dia.dia cakap la,tapi aku tak boleh nak buat ape.cakap pun tak guna kalau dia tak nak dengar.
so aku tak banyak cakap,terima je dengan seadanya.jadi dengan ini,secara rasminya aku sudah kembali single mengikut jejak langkah mereka-mereka yang kembali single tidak lama dulu.
kepada korang yang membaca ni,tak perlu la bersimpati walaupun hubungan aku yang paling lama antara semua kawan kawan aku yang bercouple,iaitu selama 2 tahun 5 bulan,tapi aku tetap aku.aku ok je.tak perlu risau.tak perlu nak simpati dengan aku walaupun aku sedih.
tapi itu hanya sementara.aku tak nak fikir perkara ini banyak kali meskipun,dalam kepala aku banyak kali terfikir pasal ni.aku nak enjoykan diri aku,nak lupakan semuanya pasal ini.sekarang aku dengan dia cuma kawan je.tak lebih dari itu.
current listening:
Menjaga Hati by Yovie & Nuno
hari ini memang agak kepenatan lebih daripada yang biasanya.kerana apa?kerana tugas aku sebagai permanent part time,kene la kira stock.sape-sape yang tao tempat aku bekerja,tao la banyak tak banyak.kat luar je da berpuluh.dalam cabin tak tengok lagi.cam gampang je banyak dia.
kebanyakkan dalam cabin yang aku check tadi,banyak seluar khakis yang tak boleh nak di jual selain daripada jacket dan stock baju untuk 50% yang agak banyak terjual berbanding dengan seluar khakis dan jacket.
nak letak kat store atas,tak de tempat,semua sudah sumbat.kalau sumbat lagi,tak dapat la nak masuk sangkar store jusco tu.so kebanyakkan semuanya letak bawah cabin.jadi paham paham je la,aku nak kene check satu-satu mengikut saiz.pergh.memang patah tulang.
dah tu,tangan aku mula alergic kat tempat berhabuk.time aku check stock tadi,tangan aku da berbintik bintik da.keluar macam ade air kat dalam bintik tu.semua kecik kecik ar.aku pun geli gelemen tengok tangan aku sendiri.macam tak percaya itu tangan aku.eeee geli siut.sib baik aku tak tangkap gambar.eee geli.
cabin bukan 1,tapi 3.dalam 3-3 cabin tu,semua penuh dengan stock.memang cam gampang ar nak check stock,lepas tu nak kene layan customer minta itu ini nak beli,bukak bill semua tu la.aku bangun duduk lari sana sini.memang sakit tulang belakang ar duduk bangun duduk bangun.sib baik muda lagi kalau tak da patah aku rasa.hehehe.
then aku berborak dengan permanent aku pasal tangan aku ni sekarang da allergic.tak tao pasal habuk ke atao pasal aku minum soya banyak sangat kebelakangan nih sebab bapak aku ade beli 1 kotak air soya,terdapat 4 pack.dalam 1 pack ade 6 air kotak soya.so aku banyak minum soya la kebelakangan nih.
then dia pun cakap jela nanti gaji akak keluar dalam 1 atao 2 hari bulan 2 nih,da dapat gaji,akak belanja makan KFC.hahahaha.aku da macam,biar betul?dia nak belanja KFC?takkan lah dia nak belanja kot?
aku dibayar memang untuk buat semua kerja tu,tapi dia nak belanja KFC pula,memang aku menolak je la pelawaan permanent aku tu.nanti ar aku bagitao permanent aku pasal gurau gurau je nak suruh dia belanja aku KFC padahal dia sendiri yang cakap awal awal.hahaha.
btw,gaji aku tak seperti permanent aku atao pun employee yang lain yang bekerja di jusco.mereka semua di bayar melalui akaun bank.tapi aku sorang je special sebab aku dibayar melalui cek.pergh,memang lain dari yang lain siut.bayar menggunakan cek.jarang tu orang yang bekerja di tempat seperti aku bekerja,di bayar menggunakan cek.memang special ar.wakakaka.
best best best.
aduh,tangan aku still gatal gatal lagi nih...macam mana aaaa?siut ar alergic ni.sengal.da basuh tangan semua dengan sabun.bintik bintik tu da kurang dan banyak yang menghilang,tapi still gatal.tak tao la racun dia tu buatkan tangan aku begitu gatal walaupun selepas basuh tangan.ish.geli betul.
current listening:
Crazy by K-Ci & JoJo