Forgetting You
Photobucket - Video and Image Hosting
Tuesday, March 31, 2009

huh!!aku kepenatan setelah 3 hari 2 malam ku tidak tidur kerana bercamping di impian country resort di sungai congkak.satu camp yang agak best buat aku walaupun aku tidak terlibat secara total tapi aku tetap rasa tenang dengan keadaan yang sunyi dengan bunyi sungai,bunyi cengkerik waktu malam serta burung-burung yang berkicauan di waktu pagi ditemani dengan warna-warna hijau yang menenangkan.alhamdulillah minda aku terasa lapang.

sebenarnya aku mengikuti camp ini hanya untuk tenangkan minda aku daripada berfikir tentang masalah yang melanda diri aku.well dalam kesibukkan aku bekerja,banyak masalah yang melanda diri aku terutama berkaitan dengan emosi.iaitu selepas As balik dari plkn,dia letak gambar-gambar dia semasa di PLKN.

dan aku dah memang agak bahawa dia telah beralih angin dan berjumpa dengan orang lain yang bernama mohd sahar aliff.tapi aku hanya manusia biasa.tiada pertalian istimewa dengan dia jadi aku pun buat bodoh je la walaupun di hati tiada siapa yang tahu.

berbalik kepada topik,sampai di impian country resort pukul 3 lebih.bertolak dalam pukul 2.50 petang.sebelum bertolak,sesi bergambar diadakan.tidak semua pengawas pss yang mengikuti camp kali ini.

setelah sampai di impian country resort,seperti biasa ice breaking diadakan setiap kali camp diadakan.mereka dibahagikan kepada 6 kumpulan.setiap kumpulan mempunyai 9 orang.facy dari sekolah hanya 6 orang dan facy diluar sekolah ada 5 orang termasuk aku,ustaz Ot dengan cikgu zainal selain hadri dengan alas.

tapi aku,hadri dengan alas tidak berapa terlibat sangat sebab camp ini bukan camp aku atao mereka tapi pengawas pss.

hari pertama lagi sudah masuk hutan ketika malam.iaitu night walk yang dikendalikan oleh seorang yang agak berpangkat tinggi juga dalam akademik sampai ade pangkat datuk ape tah nama dia.tidak ingat sebab panjang sangat.dia merupakan seorang yang tegas mengenai agama.

sebelum bertolak masuk ke dalam hutan,kitorang semua bermusahabah di atas padang pasir berdekatan dengan homestay kitorang.selepas itu baroo lah mereka membenarkan masuk ke dalam hutan hanya berdua dalam satu kumpulan.

mereka perlu memegang tali sambil berjalan didalam gelap dalam hutan untuk keluar dari hutan.ketika itu sudah pukul 11.20 malam.aku berjaya keluar dalam pukul 12.10 pagi.hanya 4 orang yang tidak mengikuti night walk itu kerana masalah kesihatan.kasut puan muna juga telah koyak semasa aktiviti itu.hahaha.

selepas semuanya sudah keluar,sesi ceramah mengenai apa yang dilalui semasa night walk.semuanya kene marah dengan cikgu gara-gara empat orang yang tidak ikut kerana takut.maybe cuma dua orang je kot yang takut yang lagi dua tu memang ade masalah kesihatan.

selepas itu semuanya pergi ke dewan makan untuk makan snek waktu malam dan semuanya tido.

keesokkan harinya selepas solat subuh,cikgu zainal mengaturkan program kecergasan diri iaitu senaman diwaktu pagi.setelah selesai,mereka dijemput untuk menikmati sarapan pagi.setelah itu,mereka semua duduk didewan untuk sesi program bersama dengan cikgu rais.

seusai selesai program dengan cikgu rais,mereka semua solat zohor dan dikendalikan oleh ustaz Ot sesi tazkirah yang agak panjang sehingga pukul 5 petang.setelah itu mereka diarahkan untuk solat asar dan bersiap di padang untuk aktiviti jungle tracking sambil memasak didalam hutan.

tempatnya tidak jauh seperti tahun tahun sebelumnya.tapi ok la juga.didalam hutan sampai pukul 2 pagi baru ambik mereka untuk pulang ke homestay.mereka semua sudah tidak bermaya lagi untuk bergerak kerana keletihan memasak dan keadaan yang tidak selesa didalam hutan kerana pacat dan sebagainya.

tapi kami sebagai facy yang berpengalaman,perkara seperti itu adalah biasa.makanan yang dibekalkan kepada setiap kumpulan untuk memasak ialah beras,ayam dan sayur.mereka perlu siapkan makan malam mereka dengan memasak sendiri menggunakan garam,gula,minyak dan sebagainya didalam nestine.bagi facy,kami hanya memasak maggie dan makan makanan ringan sahaja.hahaha.siut je.peserta makan makanan yang best,facy makan maggie je.hahaha.

sementara menunggu pukul 2,aku dan lain laina membuat unggun api didalam hutan.ade 2 unggun api di tapak kitorang.peserta yang lain semuanya guna lilin je.hahaha.

ketika tiba di resort,ade satu kumpulan yang kehilangan pisau dan sudu.maka semua kumpulan didenda untuk berendam didalam sungai pukul 3.30 pagi.betapa sejuknya ketika itu tambahan lagi ketika hujan renyai.memang tak terkata ar sejuknya air sungai ketika itu.

keesokkan harinya,kami semua diteruskan dengan sesi ceramah seperti biasa mengenai peralatan semua dan mereka dibenarkan mandi sungai.aku,hadri dengan alas tak mandi sungai tapi hanya rendamkan kaki ke dalam sungai je sambil main baling batu lompat di atas air.hahaha.

selepas itu semuanya bersiap sedia kemas bilik,makan dan solat.setelah itu sesi bergambar diadakan di depan dewan makan untuk kenangan.mereka semua di arahkan menaiki bas masing masing untuk pulang ke sekolah.tiba disekolah sekitar pukul 2.30 petang.

gambar akan diuploadkan kemudian sekiranya gambar itu ditransferkan ke dalam perisian komputer ini sekiranya diberi.

selepas ini aku akan sibuk dalam latihan kawad kaki peringkat daerah dan latihan nasyid peringkat daerah pada hari sabtu ini iaitu 4 haribulan 4.kalau ade masa,insya~Allah akan bertambah entri lagi.

currently listening:1,2,3,4, I Love You By Plain White T's

Forgetting You At ; - 1:05 AM.

Friday, March 27, 2009

huh lama betul la aku tak tulis blog.da brapa minggu tak tulis.pergh sunyi menyepi je blog aku.sorry sebab tak update.aku terlalu busy dengan kerja.lagipun aku penat gak ar kebelakangan nih.penat dengan kerja.lepas tu aku penat plak dengan hal sekolah,nak kene train bebudak untuk kawad daerah.lelaki dan perempuan.

tapi jalan pun tak betul lagi.dah la tournament 4 haribulan.tapi jalan pun tak betul lagi.formasi tak payah citer ar.then aku busy lagi dengan budak nasyid.nak kene latih diorang punya vokal dengan percussion.tapi aku tak terlibat sangat ar sebab aku busy dengan kerja.kalau ade masa free je aku turun sekaki.

then events aku yang terbaru,iaitu esok,aku akan pergi camp selepas aku habis kerja pukul 1.30 petang.so aku akan away selama 3 hari.aku turut serta dalam camp PSS di mana aku ingin mencari ketenangan untuk menenangkan otak aku daripada masalah emosi dan masalah yang lain lain yang telah lama aku pendamkan.aku tahu ade orang yang sudi mendengar masalah aku tapi hakikatnya bukan semuanya boleh dikongsi bersama.sorry.

so untuk menenangkan kekusutan yang berada di dalam minda aku,aku menawarkan diri aku untuk turut serta dalam camping tersebut.lagipun aku dah lama tak pergi camp.teringin plak aku nak merasa suasana dalam hutan.aku bagaikan dah lupa semua perkara apabila berada dalam hutan kerana hutan memberi aku ketenangan dengan warnanya yang kehijauan beserta dengan junior-junior aku.

aku paling minat dengan camping sebab itu ar.hutan beri ketenangan minda buat diri aku.jadi aku tak ingin melepaskan peluang keemasan untuk turut serta walaupun hanya aku seorang sahaja senior lepasan sekolah,aku tak ingin lepaskan peluang ini.biarlah ape diorang nak cakap.janji otak aku tenang dah,itu je.

jadi aku akan way away untuk 3 hari bermula dari esok untuk mencari ketenangan buat sementara.

current listening:Aku Masih Sayang by ST12

Forgetting You At ; - 12:49 AM.

Saturday, March 14, 2009

stelah mendapat keputusan yang tidak disangka-sangka kan,kini tibalah prosess seterusnya iaitu melawat education fair di Mid Valley dengan PWTC.

untuk pengetahuan korang,aku juga ade apply IPTA.apply last minute.hahaha.sempat agi tuuu.kebanyakkan jurusan yang aku pilih adalah under UITM.aku malas ar nak apply under U lain.rasa cam tak brapa best ar.

btw,aku hanya apply yang mana aku rasa nak masuk je dengan kelayakkan yang diberikan melalui keputusan SPM.nak tahu ape jurusan yang aku apply?tengok bawah

Pilihan 1 * - D2802 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (MULTIMEDIA )
Pilihan 2 * - E2242 DIPLOMA SENI KULINARI
Pilihan 3 * - E2240 DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL
Pilihan 4 * - E2130 DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA#
Pilihan 5 - E2241 DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN
Pilihan 6 - D2231 DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Pilihan 7 - E2230 DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM
Pilihan 8 - D2801 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

itu yang aku rasa nak apply ar.kebanyakkan dari UITM.nak apply U lain,tak brapa banyak sangat choice untuk jurusan.U da ok,tapi jurusan plak takde yang menarik minat aku.haiya.

ini hanya IPTA sahaja.matrikulasi lagi aku ade mohon.dan esok,aku mahu beli no pin untuk POLITEKNIK di BSN di ss15.

aku sebenarnya tak tao pula yang no pin POLI da boleh beli di BSN.tadi member aku cakap dia da beli no pin POLI.siut.tak tao ape-ape dengar je diorang da beli no pin POLI.siut tak siut.aduh.

sekarang nih U,COllege,Poli,Matrikulasi semua aku boleh masuk,tapi aku pening kepala la nak pilih mana satu.aduh...da dapat masuk semua ni yang pening kepala nak pikir pilih mana.haiya problemo betul.

takperlah.tunggu je surat tawaran dari memane.sementara itu,aku nak pergi usha U,COllege,Poli,Matrikulasi semua yang berkaitan esok di Mid Valley dan PWTC.

ada info yang best best,aku akan bagitao kelak.kalau nak jumpa aku pun boleh gak kat PWTC atau Mid Valley,dengan syarat bagitao aku nak jumpa.itu pun kalau nak jumpa,tak mo,sudah.tak paksa pun.hahaha.

btw,14/3/ aku cuti sebab agenda aku yang tersendiri ini.jadi kalau nak jumpa aku kat pyramid,sorry ar,aku masuk kerja balik 15 haribulan.

currently listening:With You by Chris Brown

Forgetting You At ; - 12:50 AM.

Thursday, March 12, 2009

nampaknya hari yang mendebarkan telah pun tiba.12 haribulan 3 tahun 2009,tarikh keputusan yang akan menentukan masa depan buat form 5 tahun 2008 yang telah bertungkus-lumus mengulang kaji semua mata pelajaran yang diambil ketika form 4 sehingga form 5.

12 haribulan 3 tahun 2009 akhirnya tiba.hari yang agak menakutkan setiap orang yang mendudukki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2008.hari ini merupakan pengambilan result SPM bagi mereka yang telah menduduki SPM tahun lepas.

tidak dinafikan bahawa aku,sebagai calon SPM tahun lepas,turut merasakan debaran mengambil result SPM disekolah menengah kebangsaan bandar sunway.debaran yang boleh mengugurkan jantung setiap calon SPM tahun lepas.

hari hari sebelum tibanya 12 haribulan 3 ini,kalau korang nak tahu,aku tidak pernah bermimpi aku dapat result SPM.aku tak tao kenape,orang lain selalu sangat mimpi pasal result SPM sedangkan aku tidak langsung walaupun sekali mimpi mengenai result SPM aku.pelikkan?tapi itulah hakikatnya.

walaupun begitu,aku tetap merasai debaran seperti mana calon lain rasa.agak tension gak lah apabila da dapat result,tambah lagi dengan msg bertubi tubi tanya dapat result ape.comferm esok handphone tak reti reti nak duduk diam.semuanya sebab nak tanya result je pasal.aduh.dah la tadi bertubi tubi bagi msg good luck for result.sialan.mengingatkan aku plak pasal result SPM.cis.tapi thank you ar sebab wishkan good luck,bukan tak menghargai,tapi rasa cam pergh banyak plak orang menaruh harapan terhadap result aku.aku tak boleh ar kalau macam tu.aku takut aku menghampakan mereka semua terutama family aku.

memang aku takut betul kalau orang menaruh harapan yang tinggi kat aku.haduh.lemah betul ar aku kalau orang menaruh harapan yang tinggi terhadap aku.memang aku tak boleh.sakit hati pun ade gak.kenapelah orang ramai menaruh harapan yang tinggi terhadap aku sedangkan aku da bagitao jangan menaruh harapan yang tinggi kalau tidak dapat nanti,merana.tapi mereka tetap dengan harapan mereka.huh...

takper lah.tunggu je la result esok.menanti dengan penuh debaran.



current listening:Heart Beating

Forgetting You At ; - 12:05 AM.

.The Owner.






Ai_sis
I'm Just Simple
This Is Where It Begin
New Life,New Momment
Its All About My Story.
.Music.



Tengah Membaca




. forgotten memories.



.Receiving Comments.







.My Schedule Working.



1/2/2009 10.00 AM - 6.00 PM

2/2/2009 Off Day

3/2/2009 2.00 PM - 10.00 PM

4/2/2009 10.00 AM - 2.00 PM

5/2/2009 10.00 AM - 10.00 PM

6/2/2009 10.00 AM - 10.30 PM

7/2/2009 2.00 PM - 10.30 PM

8/2/2009 2.00 PM - 10.00 PM

9/2/2009 6.00 PM - 10.00 PM

10/2/2009 6.00 PM - 10.00 PM

11/2/2009 Off Day

12/2/2009 10.00 AM - 2.00 PM

13/2/2009 2.30 PM - 10.00 PM

14/2/2009 2.00 PM - 10.00 PM

15/2/2009 10.00 AM - 6.00 PM

16/2/2009 Off Day

17/2/2009 2.00 PM - 10.00 PM

18/2/2009 10.00 AM - 10.00 PM

19/2/2009 6.00 PM - 10.00 PM

20/2/2009 10.00 AM - 2.00 PM

21/2/2009 2.00 PM - 10.00 PM

22/2/2009 10.00 AM - 6.00 PM

23/2/2009 Off Day

24/2/2009 2.00 PM - 10.00 PM

25/2/2009 10.00 AM - 10.00 PM

26/2/2009 10.00 AM - 2.00 PM

27/2/2009 10.00 AM - 10.30 PM

28/2/2009 Off Day

1/3/2009 10.00 AM - 10.00 PM

2/3/2009 Off Day

3/3/2009 10.00 AM - 10.00 PM

4/3/2009 10.00 AM - 10.00 PM

5/3/2009 10.00 AM - 6.00 PM

6/3/2009 2.00 PM - 10.30 PM

7/3/2009 10.00 AM - 10.30 PM

8/3/2009 10.00 AM - 10.00 PM

9/3/2009 Off Day

10/3/2009 2.00 PM - 10.00 PM

11/3/2009 10.00 AM - 10.00 PM

12/3/2009 2.00 PM - 10.00 PM

13/3/2009 10.00 AM - 6.00 PM

14/3/2009 Off Day

15/3/2009 2.00 PM - 10.00 PM

16/3/2009 10.00 AM - 2.00 PM

17/3/2009 4.00 PM - 10.00 PM

18/3/2009 10.00 PM - 10.00 PM

19/3/2009 10.00 PM - 10.00 PM

20/3/2009 6.00 PM - 10.30 PM

.Friends.



Aimi
Alyaa
adik Zyda
Adik Fadilah
Adik Hazira
Aisyah Pooh
Ex Form 5 2008
Ishami Afza
Kak Husna
Memori Khayalan
Suphon3
Syahirah
SK Bandar Sunway
zul




.Archives Data.



January 2009; February 2009; March 2009;

.Credits.



Them