Tuesday, January 27, 2009
finally,dapat juga ku mengonlinekan diri setelah 4 hari menyepi tanpa khabar dari hari sabtu sampai lah selasa malam.huuuhhh lepaskan gian walaupun penat bekerja,tapi aku tetap mao lepaskan gian ku ini kerana 4 hari sudeyh tidak online kerana abg aku bawak laptop balik kampung.siut.dah la komputer kat rumah tak boleh pakai.dia bawak laptop balik kampung.dah la kat kampung takde internet.tah ape dia buat pun aku tak tao dengan laptop nih.
nak kata main game online,takde internet,macam mana nak main.nak kata main tomb riders,tak mungkin.sebab macam kene bug da game tu.main,da save,kene main balik.so maksudnya dah kene bug.selain itu,takde game dah dalam laptop ni.ape agaknya dia buat dengan laptop ini?persetankan saja.
actually ade banyak cerita yang berlaku dalam masa 4 hari ini.aku akan ceritakan secara ringkas dan padat untuk kesenangan kita bersama.ceyh wah.wakakaka.
first of all,family aku semua balik kampung,dari hari sabtu sampai lah selasa.so tinggal lah aku sorang je kat rumah sebab aku kerja,jadi tak boleh la nak ikut balik kampung.tahun baroo cina di sambut seorang diri pertama kali dalam hidup aku selama aku hidup,aku sambut sorang.selalu dengan family,ni da kerja,aku pun tak boleh nak buat ape.
secondly,24 haribulan,as balik dari PLKN untuk bercuti sempena tahun baroo cina,tapi dia tak jumpa aku pun sebab dia bertolak dari plkn pukul 2 petang.time tu pun aku ngah break.jadi tak boleh nak buat ape lah.
thirdly,25 haribulan,as datang jumpa aku pukul 5 sebab aku break.so nak lepak dengan dia sorang.but unfortunely.dia datang dengan amirul.aku terasa cam sesuatu tidak kena.aku rasa macam cemburu gila.
yeala diorang PLKN 1 tempat.then jumpa aku pun berdua.as beli hadiah untuk kawan dia pun,amirul temankan.kalau tak selalu aku yang teman dia buat semua ni.tapi sekarang aku dah kerja.jadi dia pergi dengan amirul.amirul dah ganti tempat aku.
aku rasa cam,aku dah takde connection lagi dengan dia.aku tak tao asal amirul pun ade kat situ.sedangkan aku bagitao as sorang je yang aku nak break dengan dia.tapi,amirul pun ade.aku dah fikir yang bukan-bukan terlalu banyak.aku kehilangan mood untuk bekerja pada hari itu gara-gara peristiwa ini.
forthly,26 hari bulan dengan 27 hari bulan adalah triple untuk gaji aku.contohnya,kalau sejam RM2.00,kalau triple dapat la RM6.00 sejam.so memang best lah.2 hari aku ingatkan nak buat full.so 26 haribulan aku buat full.27,hari ini aku buat 4 jam je sebab 28 hari bulan as dah nak balik PLKN.jadi aku nak hang out dengan dia sebelum dia balik PLKN.lepas tu,tak tao bila lagi akan berjumpa.
then,aku ajak dia keluar jenjalan,hang out dengan aku berdua je kat pyramid.aku suruh dia pilih tempat mana nak pergi hang out.tapi dia pilih pyramid je sebab aku penat bekerja.so aku pun ok la.
aku ingatkan aku dengan dia je.then dia bawak adik dia sekali.aku rasa macam,dia dah beralih angin.aku tak tao kenape.2 kali aku ajak dia hang out berdua,dia mesti bawak teman sorang.aku rasa macam,terkilan sangat lah.
aku ajak lepak berdua,tapi bertiga.aku tak tao kenape.sama ade dia sudah tidak suka untuk berdua dengan aku atao pun secara kebetulan.aku tidak tahu.semakin aku fikirkan,semakin fikiran aku bercelaru.aku terlalu banyak berfikir semenjak aku habis SPM.
back to the topic.tadi pukul 2 aku habis kerja.masuk morning.so aku tunggu la dia.lama aku tunggu dia.padahal dia memang ade kat dalam pyramid.tapi aku tunggu dia sampai 1 jam.memang la aku naik angin.janji pukul 2,tapi pukul 3 baroo jumpa.aku duduk kat marks & spancer selama 1 jam menunggu dia.
dah lah aku macam agak tension,dia bawak adik dia,dah tu lambat 1 jam.memang aku terlalu beremosi tadi.unfortunely,kotak air soya yang dah habis,aku tercampak kuat kat tong sampah yang ade spining tuh.so berbunyi agak kuat.jadi aku pasti dia dapat detect yang aku tengah marah.tapi muka aku still biasa takde perasaan.
then dia dengan adik dia jalan laju-laju tinggalkan aku.aku time tu da tension gila habis.hampir nak meletup,tapi fikiran aku masih waras.aku diam,buat bodoh je.aku biarkan dia jalan tinggalkan aku.aku jalan melencong ke popular.kat sana aku tak dapat nak releasekan tension aku.
tapi aku jumpa fuad kat situ.dia datang sorang.then dia cakap,azwa,wan zafirah,hazlina dengan kembar wan zafirah ade kat pyramid.diorang akan jumpa.so aku yang tengah baca buku untuk cara mengawal emosi,terus cool je lepak dengan fuad sementara.tapi time tu,badan aku terasa bahang kemarahan.aku rasa muka aku merah,menunjukkan aku tengah tension,tapi still muka batu,takde emosi,bercakap dalam nada yang sopan.alhamdulillah aku tidak sembur kat orang yang tidak berkenaan.
aku tak tao asal aku jadi macam tuh.then as bagi msg,dia tak nak jumpa kalau aku still marah marah lagi.then aku cakap bila plak aku marah,nak cover ar.takkan tak cover kot.then dia cakap takpe,pergi balik umah rehat.aku balas balik asal.terus dia tak balas.
hari untuk aku hang out dengan dia,telah hancur begitu sahaja.aku rasa cam,tidak dihargai ape yang telah aku buat.dah lah aku lepaskan triple hari ini.kalau aku tahu akan jadi macam ni,aku takkan berjumpa dengan dia hari ini.aku menyesal dengan ape yang berlaku hari ini.terasa seperti dipermainkan pun ade.apelah nasib aku.
ok,lupakan seketika perkara ini.sambung ketika di popular.azwa datang jumpa fuad.dah la time tu aku ngah duduk kat kerusi sebelah rak novel melayu.dia boleh tak perasan aku.aku pun terkejut gak tetiba je azwa datang bagi buku kat fuad.dia pun terperanjat setelah aku angkat muka aku untuk bertegur sapa dengan dia.then,wan zafirah datang.aku tegur dia.
dia cakap dia cari aku kat jusco tadi,tapi tak jumpa.then aku cakap,yea ke?so da jumpa?saje bergurau dengan dia.then dia gelak cakap mana nak jumpa dah abg ade kat popular.aku pun gelak je.then dia pergi beli buku ape tah.aku pun tak tao.
lepas itu fuad takut nak follow wan zafirah and the geng berjalan.so aku lepak teman fuad follow diorang dari belakang.sebelum tu merayau kat jusco dulu.tengok badminton la,kasut la seluar jeans la semua tu la.
then follow diorang jenjalan.tapi tak lama.sekejap.mula mula diorang menghilang,kitorang cari,then da jumpa,fuad plak buat buat merajuk dengan azwa,lari dari diorang.wan zafirah pula kejar aku sebab da lama tak jumpa.so nak berborak la gak.tapi aku tak tao,aku lari je la.lari keanak-anakkan.then azwa dengan wan zafirah hilang.
fuad cakap azwa merajuk dengan dia sebab fuad tinggalkan dia.then aku tanya la asal,dia cakap azwa yang tinggalkan dia dulu.so aku pun buat bodo je la.jalan satu pusingan,then lepak kat bowling.tunggu azwa.tapi malangnya azwa tidak muncul dan aku tengok reaksi fuad time tu,da tension habis.then dia nak balik.
aku pun,ok ar,ske hati.aku lepak lagi.then aku msg wan zafirah tanya dia dengan azwa kat mana,dia cakap da sampai rumah.time tu aku kat jasmine cafe,makan.msg-msg dengan wan zafirah,then dia cakap penat nak kejar aku tadi.aku pun minta maaf lah kat dia sebab lari-lari tadi.
lepas tuh aku balik umah,tengok tv jap,pastuh ngantuk gila,aku tido.then abg aku call cakap kat bidara,sruh aku datang.aku pun cam,gampang ar dia ni.aku tengah penat,nak jalan kaki g bidara,mampus aku.lepas tu aku suruh dia bungkuskan nasi goreng ayam,dan aku pun makan slepas diorang sampai kat rumah.dapat ampow dari sedara aku.berapa?biarlah rahsia.wakakaka.
tapi untuk pengetahuan korang,mood aku still tak ok lagi.jadi sampai di sini je lah aku bercerita.mood aku terganggu sejak as dengan amirul jumpa aku sampai hari ini.haih...fikiran aku bercelaru sungguh.Ya Allah...berikanlah kekuatan kepada umatMu ini ya Allah.amin.
current listening:
I Hate This Part Righ Here by Pussycat Dolls