Sunday, February 1, 2009
hari ini pagi pagi lagi mak aku dah buat hal.aku cakap baju kerja aku tu aku nak basuh hari ahad malam.sebab hari isnin ni aku cuti.then aku hanger kan baju aku tu kat bilik aku.then sebabkan aku ngantuk sangat sebab penat kira stock,(tak habis lagi) tak sampai 3 minit baring,aku dah terlelap.
bangun je pagi ini,aku tengok baju kerja aku tu ada kat dalam baldi,berisi air bersabun + Clorox.aku cam nak jerit je.yeala 1 baju tu je yang aku ada.baju lain semua ade lencana sekolah dengan lencana sesi.aku pun g jumpa mak aku.
mak aku cakap
"pergi la sidai baju.nanti pukul 12 kan ko masuk kerja.kang tak kering pula"
aku pula hadui
"bila masa plak saya cakap masuk pukul 12?tak tanya pun.saya masuk pukul 10 pagi la.sekarang da pukul 9.50,mana nak cari baju?mati ar macam ni dengan permanent nanti."
mak aku boleh cakap
"sekejap je ni,kering ar.baju ni nipis.jemur sekejap je.pastuh pakai la"
aku diam je.aku ambik handphone,aku msg kat permanent aku,masuk pukul 12 sebab baju tak kering lagi.aku ingatkan permanent aku buat full,tapi dia masuk lagi lambat.pukul 2.ceyh.
then aku ambik baju sekolah aku,lucutkan lencana sekolah dengan lencana sesi.ade bekas,itu yang aku tak suka ade bekas.cacat walaupun nampak macam baju baroo tapi ade bekas.tak suka betul.
then pukul 12.02 minit aku punch in.lepas tu kak ina msg aku suruh punch in kan punch card dia.aku tolong punch kan 12.07.tapi dia masuk pukul 1.55.ceyh.then aku pun kira la stock yang belum habis.
kak ina masuk tak sampai 15 minit,dia cakap nak g makan.aku macam terdiam.15 minit baroo da nak pegi makan?tak boleh bla betul.hahaha.sib baik ar permanent aku ni sporting habis,satu kepala dengan aku.hahahaha.then dia pun bla g makan dengan permanent LEE,kak Ita.
lama siut.aku kira stock kat atas cabin tu pun da dekat nak siap.diorang masuk pukul 2.55 petang.ceyh.then aku pun siap kira stock.lepak lepak jap.stock yang aku kene kira da siap.permanent aku punya tak siap lagi.dia kene check stock baju.kul 5 aku break.masuk balik dalam pukul 6.12 minit petang.
aku lepak je tengok dia check stock semua.then dia suruh aku tulis code dengan saiz untuk setiap display.aku cam,ok la takde masalah.boleh je.dia pula nak pergi break.aku tulis semua code tu beserta dengan saiz.memang sakit ar tulang belakang aku.
dah la jari aku still alergic lagi.tak tao asal.kat tempat kerja je,start alergic.berbintik bintik.hish.tak suka betul aku.so nak cepat tak boleh,lambat je buat.pukul 9.25 baroo la aku habis.
then aku nak kene kira stock macam biasa.brapa banyak yang ade kat setiap rak.tak perlu tulis saiz.kul 10 tepat baroo selesai.kak ina suruh buang sampah,tapi aku lupa pula nak buang.hahahaha.esok husai mesti kene buang sampah.wakakaka.
esok kawan aku,bernama husaini akan start kerja di sebelah deparment aku,LEE,mengantikan kawan aku juga yang bekerja di department LEE suatu ketika dulu,izwan ariff.izwan ariff juga bakal bekerja balik tapi bukan dekat dengan department aku,tapi department kasut sports kat atas.
husai masuk je esok kene ragging dengan kak ita.hahaha padan muka ko.wakakaka.
current listening:
Mentera Beradu by Malique & M.Nasir