Friday, February 27, 2009
tadi kerja patutnya 8 jam tapi aku minta buat 4 jam sebab aku perlu pergi ke sekolah untuk meletupkan diriku sebab kawad sekolah pun aku nak kene handle.ape guna ade pengerusi berpangkat sarjan.bengong.geram gak hati aku bila dipikirkan balik.
jadi aku buat keputusan untuk balik pukul 2 petang.time tu gak aku ngidam nak makan pizza.pergi cucuk duit dulu.then g pizza dengan husai.aku blanja ar dia.hahaha.nak buat macam mana.dia je yang ade.kalau tak aku blanja ar orang lain gak.tapi dia je ade time tu.dia pun turun nak g sound bebudak semua.sebab aku suruh semua bebudak senior turun g sound mereka.
then kat pizza huts aku pun order ar set for 2 people punya dan 1 large pizza.waiter tu pun cam tergamam je tengok aku.yeala.dua orang makan 2 small pizza with 1 large pizza.mana tak peliknye mamat tu.hahaha.
tapi mamat tu suggestkan jangan ambik large sebab besar sangat.dah la ade 2 small pizza.tambah lagi 1 large pizza,mao tak mampusnya aku.tapi aku ingatkan large besar mana la sangat.last last dia tunjukkan aku 1 dulang yang dia pegang untuk hantar makanan.besar dulang tu le large dia.pergh,mesti mampus kalau makan.tak mampus ar cuma tak habis sebab kekenyangan.
disebabkan itu aku ambik medium je.waiter tu pun macam,lantak ar duit ko.hahahaha.dia pun ambik order.sedang menanti tu,aku dengar la mp3.satu satu datang.mula mula air.lepas tu soup.lepas tu garlic bread.lepas tu baroo pizza sampai.orang yang hantar pizza tu pun tanya bebetul,betul ke order 3 pizza?aku dengan sai pun cakap la betl.then dia senyum je.macam tak percaya plak reaksi dia.dia ingat tak boleh habis ka?raksasa yang makan mesti habis punya.hahaha.
time pizza sampai tu,memang ngam ngam je.2 small pizza dapat bahagikan 4 keping untuk 2 orang.aku belasah dulu.dah la 3 pizza yang di order tu semuanya stuffed crust punya.pergh.hahaha.then pizza yang medium tu ade 6 keping.sorang dapat 3.aku habis ar belasah part aku.then ade plak roti ape tah.includ dalam set combo meal for 2 person eating kot.baroo sampai.patutnya roti tu makan semasa soup tadi.tapi lambat sampai.roti tu pun da sejuk.hahaha.belasah je.ade 4 keping roti,aku belasah 2.semuanya ngam ngam je ar untuk 2 orang.hahaha.then part husai yang medium pizza tu,sampai kepingan last,dia potong separuh bagi aku.aku time tu da bajet yang dia da kekenyangan.dah la roti yang dia hantar tadi pun dia tak belasah lagi.hahahaha.
then aku tunggu dia habiskan makan sambil minum air pepsi.then aku rasa tak cukup air pepsi ni.aku pun panggil waiter sorang.waiter tu botak.dia tanya aku ape tah,boleh refil balik air.aku cam ape mamat ni cakap?aku nak order 1 jug air pepsi pun nak mengarut-ngarut ape sampai dia sendiri pun tak tao macam mana.hahaha.terus aku sound yang aku nak order 1 jug air pepsi dengan nada yang bersopan santun.takde la sound kurang ajar.sound dengan nada biasa aku bercakap.hehehe.then dia pun g la ambik air.
time tu aku memang rasa kenyang gak ar.tapi tak full lagi.lepas tu air sampai.pergh aku rasa 1 botol dia bagi dalam 1 jug tu.balun jeee.hahaha.lepas minum air je,aku rasa cam full gila ****.betul siut.aku da agak yang lepas aku minum air gas ni comferm aku rasa full gila.jangkaan aku tepat.tak boleh nak bangun.perut sudeyh berat.hahahaha.
then lepak jee ar kat pizza.then ain salleh msg aku cakap ramai bebudak senior yang aku suruh kumpulkan tak dapat datang sebab diorang pergi beli aksesori.aku cam.pergh sib baik aku ngah tunggu makanan aku turun dulu.kalau tak,sia sia je aku kejar masa tadi untuk habiskan pizza sampai waiter dengan customer tengok macam aku berlumba makan dengan husai.segan plak aku time nak kunyah.siut.hahaha.
then lepak je ar tunggu air habis.lepas tu ade ar mamat yang hantar pizza tadi,minta izin untuk kemas meja.dia tanya da stop da ke?tak nak order ice cream ke ape ke tak nak?aku pun jawab ar yang air tu pun tak habis lagi.memang full ar.hahaha.dia gelak je ar sambil kemas dan beredar.lepas beredar tu aku usha gak kat member member dia,semua pandang kat tempat aku.wakakakaka.
time nak tunggu tu,memang aku da rasa nak terkucir dah.tapi sib baik tahan,dia turun skit.wekekeke.akhirnya air habis juga.time tu Allah je tao kekenyangan maksimum 2 orang insan.wakakaka.time keluar,aku dengan husai cover perut,tahan nafas biar tak nampak perut ku yang agak penuh dengan pizza.hahaha.
sebelum keluar tu,kene ar bayar.aku cam malas nak bangun dengan perut yang sarat dengan pizza.then ade plak sorang waiter tu hantar bill kat aku sedangkan aku yang sepatutnya pergi kat kaunter untuk bayar.ni orang tu yang datang kat aku.aku dengan usai da pikir benda yang sama.orang kat sini agak memahami yang kita tak boleh nak bangun.hahahaha.
pas bayar bla g ar jenjalan jap sebab hujan kat luar.then hujan berhenti aku dengan usai bla g sekolah tengok ade ar gak bebudak kawad kat sekolah.ramai gak yang takde aksesori sebab kat kedai tu stock da habis.asalaa.ni semua sebab kawad daerah ar ni.ceyh.
disebabkan kekenyangan itu,dan ramai senior takde,aku terbantut nak meletup kat bebudak semua tu.aduhai.nasib korang terlalu baik.hahaha.
current listening:
I Need A Girl Part 1 by Usher,P Diddy & Loon