Thursday, March 12, 2009
nampaknya hari yang mendebarkan telah pun tiba.12 haribulan 3 tahun 2009,tarikh keputusan yang akan menentukan masa depan buat form 5 tahun 2008 yang telah bertungkus-lumus mengulang kaji semua mata pelajaran yang diambil ketika form 4 sehingga form 5.
12 haribulan 3 tahun 2009 akhirnya tiba.hari yang agak menakutkan setiap orang yang mendudukki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2008.hari ini merupakan pengambilan result SPM bagi mereka yang telah menduduki SPM tahun lepas.
tidak dinafikan bahawa aku,sebagai calon SPM tahun lepas,turut merasakan debaran mengambil result SPM disekolah menengah kebangsaan bandar sunway.debaran yang boleh mengugurkan jantung setiap calon SPM tahun lepas.
hari hari sebelum tibanya 12 haribulan 3 ini,kalau korang nak tahu,aku tidak pernah bermimpi aku dapat result SPM.aku tak tao kenape,orang lain selalu sangat mimpi pasal result SPM sedangkan aku tidak langsung walaupun sekali mimpi mengenai result SPM aku.pelikkan?tapi itulah hakikatnya.
walaupun begitu,aku tetap merasai debaran seperti mana calon lain rasa.agak tension gak lah apabila da dapat result,tambah lagi dengan msg bertubi tubi tanya dapat result ape.comferm esok handphone tak reti reti nak duduk diam.semuanya sebab nak tanya result je pasal.aduh.dah la tadi bertubi tubi bagi msg good luck for result.sialan.mengingatkan aku plak pasal result SPM.cis.tapi thank you ar sebab wishkan good luck,bukan tak menghargai,tapi rasa cam pergh banyak plak orang menaruh harapan terhadap result aku.aku tak boleh ar kalau macam tu.aku takut aku menghampakan mereka semua terutama family aku.
memang aku takut betul kalau orang menaruh harapan yang tinggi kat aku.haduh.lemah betul ar aku kalau orang menaruh harapan yang tinggi terhadap aku.memang aku tak boleh.sakit hati pun ade gak.kenapelah orang ramai menaruh harapan yang tinggi terhadap aku sedangkan aku da bagitao jangan menaruh harapan yang tinggi kalau tidak dapat nanti,merana.tapi mereka tetap dengan harapan mereka.huh...
takper lah.tunggu je la result esok.menanti dengan penuh debaran.
current listening:
Heart Beating